Mesin layan diri
Mesin layan diri

Mesin layan diri

Mesin layan diri ialah mesin automatik yang menyediakan barang-barang seperti makanan, minuman, alkohol, rokok dan tiket loteri untuk pengguna selepas wang atau kad kredit dimasukkan ke dalam mesin. Mesin layan diri moden telah dibangunkan di England pada awal tahun 1880-an dengan tujuan mengedarkan poskad. Mesin-mesin ini terdapat di kebanyakan negara, malah terdapat juga mesin yang mengkhususkan kepada penjualan barang yang jarang didapati berbanding dengan mesin layan diri tradisional yang telah dicipta dan disediakan untuk pengguna sejak kebelakangan ini.